Saturday, June 30, 2012

PENINGKATAN EKONOMI TAMADUN CHINA

Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.






Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

PENINGKATAN POLITIK TAMADUN CHINA

Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.


Perundangan
Gambar 1.1 Han Fei Tzu



Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.


Perluasan Kuasa
Gambar 1.2 Shih Huang Ti , the 'Yellow Emperor'


Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.