Saturday, June 30, 2012

PENINGKATAN EKONOMI TAMADUN CHINA

Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.






Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

PENINGKATAN POLITIK TAMADUN CHINA

Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.


Perundangan
Gambar 1.1 Han Fei Tzu



Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.


Perluasan Kuasa
Gambar 1.2 Shih Huang Ti , the 'Yellow Emperor'


Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.

Thursday, June 28, 2012

PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI TAMADUN CHINA

Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat.

Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah:
1. Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman.
2. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah buku-buku dalam jumlah yang besar.
3. Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga dalah satu lagi ciptaan orang-orang Cina yang digunakan hingga kini.
4. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula luas. Pembinaan semula Tembok Besar China dan terusan-terusan mengikut nasihat pihak birokrasi yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi faedah negara.
5. Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat permulaan.
6. Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera.
7. Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap perniagaan laut tersebut.


RUJUKAN
1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.

2. Joseph Needham,Science and Civilization in China, Cambridge , Cambridge University Press,1954.

INSTITUSI POLITIK DAN SISTEM PEMERINTAHAN TAMADUN CHINA

Konfucius mempercayai bahawa fungsi utama sesuatu kerajaan ialah untuk menghasilkan kebahagiaan dan kesejahteraan antara rakyat sesuatu negeri. Tujuan utama ini hanya dapat dicapai jika negeri tersebut dikuasai dan diperintah oleh orang-orang yang paling berupaya dalam negeri tersebut.

Tugas pemerintah sesebuah negeri harus diberikan kepada orang-orang berpendidikan tanpa mengira keturunan mereka.Tetapi pada zaman Dinasti, raja-raja dan pemerintah-pemerintah mendapat jawatan mereka secara turun temurun. Manakala seorang menteri mempunyai hak untuk mengkritik dan menunjuk arah yang betul kepada seorang pemerintah yang buruk akhlaknya.

Konfusius juga menegaskan kepada perkara menggulingkan seorang pemerintah yang menyeleweng dalam tanggungjawab dan tingkahlakunya. Antara karya penting karangannya ialah:
I. Shu Ching
II. Catatan Musim Bunga & Musim Luruh (Spring and Autumn Annals)
III. Buku Tentang Perubahan (Book of Change)

Kepentingan Konsep Ren Dalam Falsafah Politik Konfusius.
Ren atau sifat berperikemanusiaan (humanisme) ditunjukkan melalui perasaan cinta & kasih sayang terhadap manusia lain.Seorang manusia yang sebenar-benarnya mencintai manusia lain tentu akan memenuhi dan melaksanakan tugas-tugas moralnya dalam masyarakat.
Bagi Konfusius, Ren dianggap sebagai satu kebaikan moral yang paling tinggi & mengaplikasikan konsep ini kepada bidang politik.Ini penting bagi mewujudkan negara yang aman damai dan masyarakat yang harmoni.Seseorang itu cuma mempunyai satu matlamat hidup iaitu memasuki birokrasi kerajaan melalui kejayaan dalam peperiksaan awam. Sistem peperiksaan awam diadakan sepanjang zaman dinasti Han & Sung di negeri China. Sistem sedemikian memperkukuhkan lagi taggapan bahawa seseorang kelas bawahan perlu mengejar mobiliti sosialnya ke kelas atasan melalui pembelajaran klasik. Kemudian sistem peperiksaan awam dibubarkan dan sekolah-sekolah baru ditubuhkan kesemuanya menawarkan pembelajaran barat.Sama ada seseorang itu pemerintah itu berfahaman liberal, demokrasi, komunisme atau fasisme, perasaan cinta & kasih sayang kepada rakyat akan menghalang pemerintah tersebut daripada perbuatan kejam, zalim atau tidak adil terhadap rakyat yang berada di bawah pentadbiran dan kawalannya.

RUJUKAN
1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.

2. Joseph Needham,Science and Civilization in China, Cambridge , Cambridge University Press,1954.

PENGARUH TAMADUN CHINA

Kepercayaan
- Lahirnya pelbagai kepercayaan yang dikaitkan dengan konsep alam dan kemanusiaan, termasuk penyembahan unsur alam: angin, bumi sungai . nenek moyang dan dewa dewi. “Tian” ialah langit/ ketinggian( heaven) di mana raja yang dikaitkan dengan wakil Tuhan di muka bumi mendapat mandat memerintah. Tian: merupakan teori metafizik china yang berkait dengan konsep “yin dan yang” ( keseimbangan alam).
- Zaman Dinasti Han: permulaan membina tokong, berkembangnya agama Buddha dan ramai mubaligh Buddha muncul.
- Di antara tokoh agama Buddha yang terkenal Fa Shien, Hsuan Tsang dan I-Tsing yg sempat melakukan pelayaran agama ke Asia Tenggara.
- Kitab epik Ramayana dan Mahabrata diterjemahkan dengan nama “Tripitaka”.
- Banyak istilah keagamaan Buddha dan kepercayaan tradisi yang terus dianuti dan dipegang oleh orang China di serata dunia
- Antaranya konsep “Ti / Di” – keamanan di bumi yang dikaitkan dengan yin dan yang, konsep “Dao/ Tao”- jalan atau lorong yang baik bagi tabiat berkait rapat dengan hukum moral yang tertib atau sopan


Falsafah
- Aliran falsafah besar yg terkemuka ialah Confucianism, Legalisme dan Taoime yg hampir kesemuanya berkait rapat dengan kepercayaan kepada peraturan hidup yg baik
- Ramai sarjana intelektual China lahir pada zaman keagungan aliran falsafah berkenaan.

Confucianisme:
- Ajaran diperoleh dari 2 buah buku- “ Klasik Confusius dan Lu Yu @ Analekta . Buku-buku itu ditulis oleh Confucius bila dia menyedari kebejatan moral pegawai kerajaan dan rakyat China yg membimbangkan dan yakin negara akan baik dan aman jika semua mengikut dan mematuhi peraturan.
- Menekankan konsep “Li” merujuk kpd susunan tingkah laku yg baik. Demikian konsep “jen” menekankan perasaan kemanusiaan yg diyakini mampu mendidik rakyat berakhlak mulia dengan sifat amanah,berbudi bahasa, rajin, murah hati dan bersifat baik sekali gus mewujudkan kerajaan yg stabil dan aman. Sementara raja disifatkan sebagai utusan dari “tian” / ketinggian


Pendidikan
- Aliran Confucianisme amat menekankan pendidikan . Golongan Intelektual amat dihormati dijadikan role model masyarakat.
- Ajaran ini menjadi panduan pembinaan sekolah asas di hamlet dan desa dan diperingkat negara
- Pendidikan bertujuan : agar murid-murid lulus peperiksaan yg memang wajib namun statik sifatnya
- Terdapat TIGA tahap dlm mendapatkan ijazah kesarjanaan yakni “Hsiu ts’ai” ( budding talent)”chu jen” ( promoted scholar) dan “Chin Shih”( ready for office)
- Hanya tahap Chin shih akan terpilih menjawat jwtn dalam kerajaan. Ramai guru sekolah biasa yg berkelulusan takat Hsiu ts’ai namun mereka tetap belumba memajukan diri ke tahap yg lebih tinggi. Tak ramai yg lulus namun kedudukan mereka amat dihormati.


Sistem Nilai dan Etika

- Dlm budaya China wanita dipandang rendah dlm masyarakat, selalu dinafikan hak-haknya dan menurut perintah sahaja
- Menekankan golongan kebapaan / patriocal: mewarisi harta dan kekayaan tradisi kepada anak lelaki.
- Wanita hanya berlatih menjadi isteri yg baik, tahu memasak, menjahit , mengasuh anak, tertumpu kpd keluarga namun tidak menerima pelajaran di sekolah spt lelaki
- Perkahwinan seorg wanita ditentukan oleh keluarganya. Wanita yg berkahwin akan meninggalkan rumahnya dan masuk ke rumah suami dan jika gagal melahirkan anak lelaki kedudukannya belum terjamin
- Masyarakat tradisi China mengamalkan perkahwinan lebih dari satu menjamin status dan kekayaan lelaki. Wanita tidak berhak membantah.
- Wanita tidak jauh berstatus sebagai seorang hamba dlm keluarga dan masyarakat.
- Sungguhpun berstatus rendah, wanita dikatakan “agen pengekalan” kepercayaan tradisional masyarakat China. Misalnya dlm ritual Buddha wanita lebih aktif .
- Wanita yg juga ibu memain peranan penting mendidik dan mengasuh anak dengan bahasa, adat kepercayaan dan budaya serta adat resam yg baik-baik


Kesenian
- Kraft tangan tradisional: ukiran seramik dan jed sjk 5000 tahun lalu
- Seni kaligrafi: garis dan bentuk wujud 400 tahun lalu. Menekankan keharmonian, keseimbangan dan momentum semasa menulis
- Seni lukis menggunakan berus dan dakwat menekankan aspek ketebalan dan ton garisan
- Seni bina dan ukiran kayu menekankan struktur, ukiran, bentuk bumbung, dan warna
- Seni opera: cerita dilakonkan melalui seni nyanyian dan tarian sejak 1200 tahun lalu
- Seni pertahanan diri “Kung Fu”: menekankan kecergasan fizikal dan ketangkasan bermain senjata

SEJARAH TAMADUN CHINA

Pendahuluan- Merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia.- Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).- Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai “The Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”. Latarbelakang Perkembangan Tamadun
China
a) Zaman Permulaan- Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou.- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.- Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini.- Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought.
b) Zaman Pertengahan/keagungan- Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.- Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun
China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang – sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya. c) Zaman Peralihan- Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas
China.- Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar.- Abad ke-13,
China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song.-
China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15,
China sekali lagi diperintah oleh orang asing – orang Manchu.
d) Zaman Moden- Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada
China.- Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina.- 1839-1842
China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu.- Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored Nation”>-
China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal.
SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH Kepercayaan Masyarakat
China
- Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.- Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.- Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze.
Kosmologi Cina a. Tian- Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.
b. Di/Ti- Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara.
c. Dao/Tao- Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang. d. Konsep Yin dan Yang- Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.- Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi.
e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung- Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung- Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima.
KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH
CHINA
Confucious- Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.- Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia.- Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. Taoisme/Daoisme- Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”>- Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian.- Mendukung aspek dualisme – menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang.
Legalisme- Dihasilkan oleh Hsun-Tzu.- Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic.- Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat.- Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan. Mo-Tzu- Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.- Menekankan “universal love” dan persamaan taraf.- Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.- Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi.
Humanisme- Merupakan asas falsafah
China dan mementingkan soal kemanusiaan.- Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati. Kepercayaan dan agama orang Cina – penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme.
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA
- Sistem social masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan.- Asas utama hubungan social ini ialah konsep jen-ch’ing – tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat.- Perkara paling jelas dalam sistem social masyarakat Cina ialah pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu:a. Hubungan antara suami dengan isterib. Hubungan bapa dengan anakc. Hubungan adik beradikd. Hubungan pemerintah dan rakyate. Hubungan antara kawan-kawan
Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat Cina
a. Konsep Ren/Jen- Dalam Analects of Confucious ( Lun-Yu), menjelaskan bahawa Filial Piety (Hsiao) dan Fraternal Submission (ti) adalah asas kepada kasih sayang dan peri kemanusiaan. - Confucious menjelaskan Jen – love man- Mencius menjelaskan Jen – kebaikan dalaman manusia.- Neo-Confucianisme menganggap Jen – mendisplinkan diri seseorang.- Glongan ortodoks menganggap Jen – kunci sebuah kerajaan yang baik. Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah. b. Konsep Junzi- Junzi membawa maksud personality yang ideal – berbudi bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan.
SAINS DAN TEKNOLOGI
CHINA
- Asas penting perkembangan sains dan teknologi
China ialaha. Konsep Yin dan Yangb. Teori Lima Unsur
Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China a) Bidang Perubatan- Bermula sejak kurun ke-2 masehi.- Karya perubatan yang terkenal a. Inner Cannon (Nei Ching) – rekod teori-teori perubatan
China. b. Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – teori dan falsafah perubatan
China klasik – kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. c. Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang Chung Ching. d. Material Medica – ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000 jenis perubatan.
b) Bidang Matematik- Dua karya matematik yang terkenal a.
Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying. b. Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.- Ahli matematik
China yang terkenal 1. Liu Hiu 2. Li Zhi 3. Li Shanlan
c) Bidang Astronomi- Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra. Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi
  1. Alkimia
  2. kompas
  3. serbuk letupan
  4. kertas
  5. percetakan
  6. seismoskop
ISLAM DI
CHINA
- Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah datang ke
China pada abad ke-17.- Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar.- Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di
China. Catatan-catatan Tentang Islam di China- Kehadiran 4 orang pendakwah di
China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:
    1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
    2. Kai-su (Qais bin Hudhafah).
    3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
    4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).
- Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik – khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang).- Pada tahun 1224, seorang Islam – Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan.- Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari
Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah
Yunnan.- Syed Ali Akhbar yang mendiami
Peking (
Beijing) sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh
China.
Pembesar dan Ulama Islam di China- Cheng Ho- Ma Huan – menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian.- Liu Zhi – penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku ini mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk dan keEsaan Allah.- Ma Hua-Lung – pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam.
Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi a. Bidang Perubatan - Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke
China. - Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun. - Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim). - Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan. - Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan – sehnyang chiejin tan. - Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi – Huaxi da
yao fa. - Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita. - Yang tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk bangsa Hui. - Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu – menggunakan kaedah perubatan Islam.
b. Bidang Astronomi dan Matematik- Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke
China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.- Penggunaan calendar Islam.- Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, alat rata lengkongan dan alat curang lengkongan. c. Bidang Ketenteraan- Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi.
d. Bidang Ilmu Pengetahuan- Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman, perkuburan dan seni bina Islam. e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan kapal.- Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut.
KesimpulanTamadun
China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. Ini melihat kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi ”tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”.


Rujukan
Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000.
Gernet, Jacques, A History of Chinese Civilization,
London:Cambridge
University Press, 1996.
Morton,
W.Scott, China: It’s History and Culture,
New York, McGraw Hill, 1995. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.
Osman Bakar, Calssifiacation of Knowledge in Islam: A Study in Islamic Philosophy of Science,
Kuala Lumpur:Inst.For Political Research. Wang, Gungwu, The Chineseness of
China, Selected Essays
,
Hong Kong:Oxford
University Press, 1991.

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM TAMADUN CINA

Penjelasan konsep-konsep ini akan menjadi asas kepada perbincangan dan pembinaan hujah-hujah mengenai tamadun dan falsafah Cina.Konsep-konsep ini penting bagi memahami world-view Tamadun Cina.

1. T'ien
Selalunya digunakan untuk menunjukkan langit (Heaven). Walaupun demikian, sejak zaman awal dalam sejarah negeri China , T'ien juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama dalam kepercayaan Cina. Oleh itu, dewa yang terpenting dealam kepercayaan orang-orang Cina (T'ien) juga disamakan dengan langit. Selain daripada itu, T'ien mempunyai satu dimensi moral dalam kepercayaan orang-orang Cina.

2. Dao atau Tao
Konsep Dao mempunyai pelbagai maksud. Maksud terawal menunjuk kepada "jalan"atau "lorong". Sebelum kedatangan falsafah Konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu "jalan"ataupun suatu cara kelakuan atau tabiat sama ada tabiat baik ataupun buruk. Selepas kedatangan Konfusius, orang-orang yang mengikut fahaman Daoisme(berasal dari perkataan Dao) menggunakan konsep Dao dengan suatu maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta .
Konsep Dao menurut Konfusius Sebagai satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu, atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seorang individu. Ia juga menunjukkan kepada suatu corak atau jenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan cara yang paling baik.
Konsep Dao menurut fahaman Daoisme. Menurut ahli falsafah Daoisme, dao bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat suatu proses kewujudan,maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil Dao. Seperti First Cause yang terdapat dalam kepercayaan Kristian.

3. Konsep Yin & Yang.
Pemikir-pemikir Cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.Yin mewakili perempuan, keadaan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut dan lain-lain. Yang pula mewakili lelaki, aktif, panas, cerah, kering, keras dan lain-lain. Yin & Yang merupakan dua kuasa yang saling bertindak di dalam alam semesta ini. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin adalah bumi.

4. Konsep "The Golden Mean" atau ChungIa merupakan sesuatu yang paling sesuai, paling tepat atau terbaik dalam sesuatu keadaan. Oleh itu Chung boleh menunjukkan jarak yang ideal dalam sesuatu keadaan, masa yang paling ideal dalam sesuatu keadaan, wajah atau rupa seseorang yang paling ideal dan lain-lain.

5. Konsep The Grand Unity atau Ta T'ung.Menurut Kang Yu Wei dalam bukunya Ta T'ung Shu(Book of Great Unity atau Ta T'ung) menyatakan: Ianya satu prinsip yang menumpukan perhatian kepada cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan dan cara mendapatkan keseronokan secara maksima kepada jumlah manusia yang maksima.

Kesemua agama dan konsep-konsep penting dalam Tamadun Cina mengajar sistem moral dan ianya adalah penting dalam kehidupan. Manakala "ajaran-ajaran tuhan " adalah satu cara untuk memberi hukuman. Itulah asas utama konsep agama yang ada pada masyarakat Cina. Oleh itu, jelaslah pandangan semesta orang-orang Cina adalah mengutamakan kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati.

RUJUKAN 1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.

KESENIAN DAN KALIGRAFI TAMADUN CHINA

Menurut Michael Sullivan, manusia boleh mendekati sesuatu tamadun melalui bentuk-bentuk seninya kerana sebahagian daripada reaksi manusia terhadap objek-objek seni adalah secara serta merta.Perkara yang ditegaskan oleh Sullivan ialah karya-karya seni Cina mungkin boleh memberi suatu gambaran tentang nilai-nilai estetika dan juga beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina.

Contohnya: Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut.Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta.
Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.

Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini.

Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.

Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai ” imbangan, gerakan dan bentuk-bentuk yang betul” boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi atau tulisan huruf Cina.

Keadaan ini juga sama dengan sebuah pantun atau puisi Cina kerana disamping ia disampaikan dengan tulisan-tulisan yang yang cantik, ia juga dihargai oleh masyarakat Cina kerana ia dapat menimbulkan perasaan dan maksud-maksud tertentu seperti nasihat .
Kesenian Seramik

Seramik dan tembikar juga merupakan seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun merujuk tembikar sebagai “China”.

Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu:
1- Seramik Seladon ( celadonware) yang berasal dari Dinasti Sung.
2- Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming.
“Seladon” ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China.

Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu azimat.

Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada Dinasti Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina.

RUJUKAN
1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.

2. Joseph Needham,Science and Civilization in China, Cambridge , Cambridge University Press,1954.

KEMUNCULAN TAMADUN CINA

Gambaran mengenai kemunculannya adalah tidak jelas kerana ia berdasarkan cerita-cerita mitos yang penuh khayalan. Ada juga ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa sebelum wujudnya Zaman Dinasti, China diperintah oleh lima orang pendeta. Mereka inilah yang mengasaskan peradaban/tamadun Cina.
Sepanjang sejarah negeri China, setiap dinasti berkembang, runtuh dan kemudian digantikan oleh suatu dinasti yang lain.

1. Dinasti Hsia ( 2697 SM)
Raja terawal dipercayai Raja Huang Ti dan salah seorang keturunannya iaitu Raja Yu telah mengasaskan dinasti ini. Walaupun ianya kurang jelas kerana tiada kesan-kesan yang ditemui tetapi bagi orang Cina ianya tetap wujud.

2. Dinasti Shang (1766-1122 SM)
Berpusat di Anyang dan dinasti ini adalah lebih jelas dengan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di sekitar kawasan utara Sungai Kuning.

3. Dinasti Chou ( 1122- 256 SM)
Terbahagi kepada dua iaitu Chou Awal ( 1122-771 SM) berpusat di Lembah Wei yang dipanggil Kanshu kini.Chou Akhir(771-256 SM) pusat pentadbirannya ke Loyang. China mencapai zaman keagungannya dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

4. Dinasti Chin ( 256-205 SM)
Pusat pentadbirannya di Lembah Wei di bawah Maharaja Shin Hung Ti(221-210S M) merupakan raja Dinasti Chin yang teragung . Beliau memerintah selama 11 tahun dengan menggunakan kekerasan dan undang-undang yang ketat . Ini merupakan zaman penyatuan kembali negeri China.Tembok Besar China dibina pada zaman ini sejauh 2256 KM untuk menghalang serangan puak-puak liar dari Mongolia. Ianya telah diceritakan telah menyebabkan kira-kira satu juta mati orang akibat iklim yang sejuk.

5. Dinasti Han ( 202 SM -221 M)
Salah seorang raja yang terkenal ialah Han Wu Ti ( 141-87 SM) yang merupakan zaman perkembangan kesenian dan kesusasteraan. Ketika ini juga telah wujud jalan darat yang menghubungkan China dengan Asia Barat dan kawasan sekitar Laut Mediterranean dan jalan ini dipanggil Jalan Sutera kerana melalui jalan-jalan inilah sutera-sutera dari China di bawa ke Barat.

6. Dinasti Sui ( 589- 618 M)
Diasaskan oleh Sui Wen Ti tetapi penggantinya Yuang Ti lebih mementingkan kemewahan hidup yang membawa kepada pemberontakan oleh Li Yuen seorang pegawai yang berpengaruh di wilayah Shantung. Beliau berjaya menjatuhkan kerajaan Sui.

7. Dinasti Tang ( 618- 907 M)
Selain Li Yuen, raja Tang yang terkenal ialah Tang Tai Tsung putera Li Yuen yang meluaskan kekuasaan China Parsi dan Laut Kaspian.

8. Dinasti Sung ( 960-975 M)
Seorang general bernama Chao Hung Yin berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang kuat . Dinasti ini berkuasa selama kira-kira 300 tahun.

9. Dinasti Yuan / Mongol ( 1271-1368)
Di bawah kepimpinan Kublai Khan, kaum Mongol berjaya mengalahkan dinasti Sung dan mendirikan kerajaan baru. Peking dipilih sebagai pusat pemerintahan dan bermulanya era perhubungan dengan barat.

10. Dinasti Ming ( 1368-1644)
Orang Cina merampas semula kekuasaan setelah kematian Kublai Khan. Seorang pemimpin bernama Chu Yuan Chang berjaya mengalahkan tentera Mongol.

11. Dinasti Ching /Manchu ( 1682-1911)
Menjalankan dasar-dasar yang telah dijalankan oleh dinasti Ming dengan membenarkan saudagar-saudagar asing singgah di mana-mana pelabuhan untuk berniaga.

RUJUKAN 1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.

TAMADUN CHINA MODEN

Zaman Moden
- Pertengahan abad 19, China menghadapi ancaman kuasa Barat
- Bermula Zaman Dinasti Ming- mempunyai armada laut yang besar dan melakukan pelayaran ke laut lepas
- D. Ming juga lembaran baru China kerana wujudnya hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat
- Portugis yang pertama datang ke China-Canton pada 1514 & 1517

Dinasti Ming & Dinasti Manchu
- Kemudian kedatangan mubaligh Kristian
- Diikuti kuasa Sepanyol pada 1575
- Cubaan Belanda gagal pada 1604 & 1607 kerana hasutan Portugis
- Dinasti Manchu meneruskan dasar2 perdagangan dengan Barat
- Hubungan menjadi tegang kerana dasar2 ketat / sekatan yang dikenakan kepada Barat hingga tercetusnya PERANG CANDU 1

Perang Candu
- Merupakan perang terbuka antara Inggeris dengan China
- Punca: masalah hubungan diplomatik yang tegang
- Isu perdagangan bebas dan penentangan terhadap dasar perdagangan yang ketat termasuk candu
- Kesan perang: China kalah kepada barat. Barat mengambil kesempatan membuka negara China kepada perdagangan luar. Ini juga menggambarkan kemerosotan ketenteraan Manchu, sekali gus menaikkan semangat orang China hendak menggulingkan Dinasti Manchu

Kesan Perang candu
- Nilai-nilai barat mengambil tempat menggantikan banyak unsur2 tradisi China termasuk budaya kuno China
- Munculnya golongan intelektual China yang menggunakan pelbagai pendekatan falsafah barat. Misalnya munculnya fahaman demokrasi dan komunisme

MASYARAKAT DAN BUDAYA TAMADUN CINA

MASYARAKAT CINA
Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Sejak awal dalam sejarah China , orang-orang Cina mempercayai bahawa mereka lebih cerdik, beradab dan berkebolehan daripada orang-orang tamadun lain.
Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada hal-hal kebendaan. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran menggabungkan bahan-bahan berlainan untuk menghasilkan sebuah jentera yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang secara mudah dan berkesan.
Tetapi mereka lebih menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam keadaan harmoni dan keadaan kebahagiaan.
Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan (harta benda) tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika ianya boleh memberikan kepuasan hidup dan membolehkan mereka menikmati kehidupan serta mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat mereka.

BUDAYA TAMADUN CINA
Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun termurun.
Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian yang tersendiri bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang Cina keseluruhannya.
Nilai-nilai etika ini penting dalam mempertahankan kelansungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat.Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.


SISTEM ETIKA DAN ORIENTASI NILAI
Nilai-nilai keluarga dan konsep (LIMA HUBUNGAN) Sistem keluarga merupakan asas untuk sistem sosial di negeri China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi budaya Cina iaitu: -
Hubungan antara seorang pemerintah dengan seorang rakyat.
Hubungan antara seorang bapa dengan anak lelakinya.
Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya.
Hubungan antara seorang suami dengan isterinya.
Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.
Tiga daripada hubungan asas tersebut merupakan hubungan antara ahli-ahli dalam sebuah keluarga.Dua hubungan yang lain(hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh diperluaskan untuk menjadi suatu jenis hubungan "keluarga".Kesemua ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina , Pesta Chap Goh Meh, Kuih Bulan dll.Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan juga diseluruh negeri.




NILAI-NILAI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Menurut fahaman masyarakat Cina , suatu perancangan pendidikan yang lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga beradat dan bersopan.
Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat -adat kelahiran, perkahwinan, pertuturan dan lain-lain.
Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan.
Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya.
Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang diperintahnya.

NILAI-NILAI SOSIALDari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesama manusia.
Ianya dapat menghapuskan permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain.Selain itu, ia berfungsi untuk melanjutkan sistem-sistem sosial masyarakat Cina .
Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun.
Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa kesemua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan pengenalan bangsanya sendiri.

RUJUKAN
1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN TAMADUN CHINA

Dalam abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang Cina sendiri banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat.
Selama tradisi kesusasteraan Cina, bentuk bahasa yang digunakan adalah Cina Klasik (wenyen).

Pada hakikatnya suatu bentuk tulisan yang kurang rigid yang dikenali sebagai tradisi bukan wenyen sudah wujud disepanjang kewujudan wenyen itu sendiri. Bentuk bahasa bukan wenyen ini digunakan untuk rekod-rekod sastera hiburan bagi masyarakat umum di samping menjadi bahasa-bahasa berseloka antara golongan-golongan terpelajar.
Baihua juga dikenali sebagai bahasa vernakular ( bahasa daerah) telah dimajukan oleh tokoh-tokoh Gerakan 4 Mei . Penggunaannya bermula sejak munculnya manifesto yang dibuat oleh seorang tokoh iaitu Hu Shih pada 1 Januari 1917.

Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera baik yang ditulis dalam bahasa vernakular seperti “ Water Margin”, “ Journey to the West” , “Dream of Red Mansion” dan lain-lain karya sastera.
Kesemua karya ini merupakan khazanah sastera China tetapi tidak diterima oleh golongan konservatif yang mengagungkan bahasa Cina klasik.

Hanya pada zaman akhir Dinasti Ching , barulah muncul tokoh-tokoh seperti Kang Yu-wei, Liang Chi-chao dan Wang Kuo-wei yang berusaha dalam menggalakkan penggunaan bahasa vernakular.
Ini merupakan titik permulaan corak sastera klasik Cina menuju ke arah permodenan tetapi hanya dari segi bahasa dan jenis gaya penulisan sahaja . Pembaharuan dari segi isi kandungan belum wujud.

Pada tahun 1918, muncul seorang reformis sastera Cina klasik Lu Xun yang memulakan revolusi sastera dalam penulisan cerpen dengan cerpennya yang pertama dalam koleksi “The Diary of a Madman” yang bertujuan mengkritik sistem feudal Cina.

Cerpen “Blessings” pula memberi perhatian kepada kaum wanita dengan sistem perkahwinan tradisi yang begitu mengongkongkan. Kepercayaan karut juga sering digunakan untuk mengawasi tindak tanduk wanita seperti:
i. tidak memberi kebebasan untuk belajar
ii. tidak boleh panjat tempat-tempat yang tinggi dan duduk di atas meja kerana akan membawa nasib buruk dan bodoh.

RUJUKAN
1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.
2. Joseph Needham,Science and Civilization in China, Cambridge , Cambridge University Press,1954.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN TAMADUN CHINA

Kepercayaan Alam Sekitar

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.



Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.


Kepercayaan kepada Anak Syurga

Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.


Kepercayaan kepada dewa
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’


Agama Buddha

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.


Ajaran Confuciusnisme

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.


Ajaran Toisme

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.


Tamadun China

Sistem Ekonomi Sara Diri p
ada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam upacara pengebumian.


Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan.


Sistem Ekonomi Komersil


Pada abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan. Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan tanaman yang banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan binatang juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan. Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan dengan banyak.

Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi meningkatkan keluaran negara.

Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang tinggi.

Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang sesuai bagi pertanian.

Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan pertanian baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan secara besar-besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera, kertas dan porselin.

Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2 musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga dengan penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan lagi penanaman secara komersil.

Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini.
Sebagai kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China.

Sistem Ekonomi Perdagangan

Kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah banyak sekali.
Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.
Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi stabil kembali. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain.
Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul.
Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi.

Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan.